24 October 2012

cute ice cube emoticon Pictures, Images and Photos Brag.

Sebenarnya banyak benda yang aku pendam sendiri. Aku teringin nak luahkan sebab sakit sangat. Tapi aku tak tahu....

Aku tengok manusia yg ini. Tabah betul dia ni. Dia kata, sebenarnya banyak benda yang kita kena pendam sendiri. Sambil mengukir senyuman yang aku rasa dia ni memang tabah.

Aku mendambakan ketabahan seperti itu. Masih mampu tersenyum di sebalik pahit maung kehidupan.



Just in case you didn't realise, actually I do have feelings too.

24 October 2011

cute ice cube emoticon Pictures, Images and Photos Panda Eyes O_O

Pergi sekolah naik kereta,
Assalamualaikum pembuka kata.

Kalau masa peperiksaan menjelang, kerja aku stay up late lah. Haha. Sebab aku tak buat persediaan awal. =___=" Lepas tu, muncul la kawan baru. Iaitu lingkaran hitam bawah mata. Macam panda tu lah. Tapi panda comel walaupun ada lingkaran hitam seluruh mata, aku? Comel jugak. *tebatuk-batuk* Takdelah. Gurau je. Muka aku nampak penat dan macam hantu. Baru jejak satu kaki kat Shopping Mall, semua orang dah bertempiaran lari. Hahaha. Okay, itu lebih sangat lah tu. =______=


Okay. Aku nak kongsilah macam mana nak hilangkan lingkaran hitam bawah mata ni.

1. Banyak minum air kosong.
Ha. Air kosong ni banyak kelebihannya. Jangan la asyik minum air manis je. Kering tekak kau nanti. Minum air kosong banyak-banyak. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata

2. Makan sayur-sayuran hijau.
Sekiranya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.
Ha. Kepada yang tak suka sayur tu, sila suka-suka kan. Kebiasaannya benda yang baik untuk kesihatan la kita tak suka, kan? Kenapa agaknya ?

3. Gunakan timun atau tomato.
Hirisan timun atau tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.
Tapi aku kadang-kadang guna uncang teh.

Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?

Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.

Kredit : petuasejagat.blogspot.com

09 July 2011

cute ice cube emoticon Pictures, Images and Photos Tips Berfikiran Positif

Tahukah Anda ? Berfikiran negatif tu tak bagus untuk kesihatan. Berbohong juga tak bagus untuk kesihatan. Stress akan bertambah jika berbohong. Bila berbohong, emosi negatif akan terbit dan seterusnya mendorong kepada stress. Jadi mari kita berkata benar dan jujur walaupun ianya pahit macam hempedu. Kita akan berasa gembira. Kerja pun jadi mudah. Nak buat kerja pun bersemangat.

Meh sini, datang dekat sikit. Duduk kat lantai. Aku nak kongsi macam mana nak berfikiran positif cara aku.

Redha dengan apa yang berlaku
Kau kena redha dengan apa yang dah berlaku. Kau nak marah macam mana pun, bukan kau boleh putarkan balik masa. Takde yang baik akan berlaku kalau kau marah-marah, makin buruk ada lah. =="

Yakin mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku
Kau kena yakin yang Allah dah ada sesuatu yang lebih baik untuk hamba-Nya yang redha. Jangan fikir yang kau ni tak guna.

Fikir yang kau lebih hebat dari orang lain.
Bukanlah nak cakap besar ke apa. Benda macam ni boleh buat hati kita tenang. Tapi cakaplah benda ni kat dalam hati je. Jangan pulak pergi kepoh-kepoh kat orang yang kau tu lebih hebat. Contoh, sekolah kau ada buat pertandingan drama. Kau nak berlakon tapi kau tak dapat. Jadi kau cakaplah macam ni dalam hati, "Oh. Aku ni pelakon yang hebat. Lagi hebat daripada diorang semua. Aku ni setanding pelakon Holiwud, Lord Vodlemort. Jadi diorang tak perlukan pelakon hebat macam aku ni. Huahahahaha!"

Lepaskan perasaan
Maksud aku lepaskan perasaan dengan cara yang baik dan tidak berbahaya. Kau cuba nangis puas-puas sorang-sorang kat dalam bilik. Tak pun. Kau luahkan perasaan kau dekat diari kesayangan kau. Tak pun. Kau jerit lah puas-puas. Tapi jangan pulak jerit malam-malam. Takut pulak jiran kau nanti. Silap-silap dia pergi tepon Pakar Sakit Jiwa. ==" Lepas kau dah buat semua tu, kau tidur. Esok pagi bangun, pergi tandas cuci muka. Tengok cermin. Lepastu kau senyum lah. Cakap, "I'm fine and okay! Aku akan harungi cabaran Allah dengan tabah. "

Senyum ! :)
Serius! Kalau senyum, rasa macam hahhhh. Happy nya~~~


Kredit : Kawan aku. :D (dia yang ajar aku semua ni) ^^

15 November 2010

cute ice cube emoticon Pictures, Images and Photos Cigarette

Huah! Huah! Hembus asap rokok di udara. Oh! Rasa aman sekali?! =="
Bencinya aku dengan orang yang merokok. Hembus sana. Hembus sini. Asap sana. Asap sini. Lagi-lagi kalau aku tengah jalan-jalan guna kaki kat pasar ke makan kat kedai ke. Lagi aku benci kalau orang yang merokok tu duduk belakang/sebelah meja makan aku. Rasa nak baling je kerusi tu dekat kau. Aku kat situ muka berkerut je tahan nafas. Tahu tak? Kajian menunjukkan seseorang yang merokok itu hanya menyedut lebih kurang 25% daripada asap rokoknya,manakala bakin 75% asap rokok itu akan meresap ke udara dan mungkin atau boleh disedut oleh orang lain di sekelilingnya. Kau bahayakan orang tau tak? Aku rasa Malaysia patut buat tempat yang dikhaskan untuk merokok. Tempat awam dilarang merokok. Sediakan tempat-tempat yang tertentu untuk perokok-perokok ini. Mengganggu udara segar aku betul.
Aku rasa kat Malaysia ni kalau nampak lelaki yang merokok itu normal tapi kalau perempuan yang merokok, aku rasa itu tak normal. Adik aku kalau nampak lelaki yang merokok, dia tak tanya apa-apa pun. Tapi kalau dia nampak perempuan yang merokok,dia mesti tanya "Eh,orang itu(perempuan) pegang rokok eh? Dia hisap rokok?". Perempuan yang merokok memang sangat tak normal bagi aku tapi kalau perempuan tua yang merokok,lagi tak normal! Masa aku pergi satu tempat dengan mak aku pergi beli barang,aku nampak perempuan tua itu merokok. Kalau rokok daun tu aku rasa ok sikit kot sebab dia dah tua,tapi tidak! Dia hisap rokok yang biasa(?) tu. Yang batang(?)/puntung(?) rokok yang warna kuning/coklat itu. Aku kat situ memang whatdefish lah kan. Perempuan tua itu menunggu pelanggan membeli sayurnya dengan merokok. Fuh! Fuh! Asap rokok keluar dari hidung dan mulut dia. Makan sirih lah,mak cik. Jangan merokok. Kalau budak yang hisap rokok? Maksud aku BUDAK! Bukan REMAJA! Kalau budak yang baru nak kenal buku teks tu apa,baru nak belajar macam mana nak bahagi darab. Dah tahu dulu apa itu rokok. Dah tahu macam mana nak merokok. Dah tahu macam mana nak curi-curi beli rokok. Dah tahu macam mana nak nyalakan rokok. Aku. . . Aku . . . Aku rasa sedih. Lollipop lagi sesuai untuk korang. Yup! Lollipop lagi sesuai. Lollipop tu lagi murah kot dari rokok. Kau takde duit nak beli lollipop? Habis kau ada pulak duit nak beli rokok!
Bila kau merokok,kau rasa hebat? Oh silap anda silap. Silap sama sekali. Baik anda berzikir. Basahkan lidah anda dengan kalimah-kalimah Allah. Dapat pahala. Kau merokok dapat apa? Dapat title HERO ?!
Oh! Ingatlah LIMA perkara ini :
1. Sihat sebelum Sakit
2.Muda sebelum Tua
3.Kaya sebelum Miskin
4.Lapang sebelum Sempit
5.Hidup sebelum MATI

Lebih baik jika perokok ini berhenti dan menabung wang itu untuk menunaikan fardu haji kerana ia merupakan satu kewajipan bagi umat Islam

-Datuk Nooh Gadut