24 October 2011

Panda Eyes O_O

Pergi sekolah naik kereta,
Assalamualaikum pembuka kata.

Kalau masa peperiksaan menjelang, kerja aku stay up late lah. Haha. Sebab aku tak buat persediaan awal. =___=" Lepas tu, muncul la kawan baru. Iaitu lingkaran hitam bawah mata. Macam panda tu lah. Tapi panda comel walaupun ada lingkaran hitam seluruh mata, aku? Comel jugak. *tebatuk-batuk* Takdelah. Gurau je. Muka aku nampak penat dan macam hantu. Baru jejak satu kaki kat Shopping Mall, semua orang dah bertempiaran lari. Hahaha. Okay, itu lebih sangat lah tu. =______=


Okay. Aku nak kongsilah macam mana nak hilangkan lingkaran hitam bawah mata ni.

1. Banyak minum air kosong.
Ha. Air kosong ni banyak kelebihannya. Jangan la asyik minum air manis je. Kering tekak kau nanti. Minum air kosong banyak-banyak. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata

2. Makan sayur-sayuran hijau.
Sekiranya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.
Ha. Kepada yang tak suka sayur tu, sila suka-suka kan. Kebiasaannya benda yang baik untuk kesihatan la kita tak suka, kan? Kenapa agaknya ?

3. Gunakan timun atau tomato.
Hirisan timun atau tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.
Tapi aku kadang-kadang guna uncang teh.

Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?

Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.

Kredit : petuasejagat.blogspot.com

No comments: