15 November 2010

Cigarette

Huah! Huah! Hembus asap rokok di udara. Oh! Rasa aman sekali?! =="
Bencinya aku dengan orang yang merokok. Hembus sana. Hembus sini. Asap sana. Asap sini. Lagi-lagi kalau aku tengah jalan-jalan guna kaki kat pasar ke makan kat kedai ke. Lagi aku benci kalau orang yang merokok tu duduk belakang/sebelah meja makan aku. Rasa nak baling je kerusi tu dekat kau. Aku kat situ muka berkerut je tahan nafas. Tahu tak? Kajian menunjukkan seseorang yang merokok itu hanya menyedut lebih kurang 25% daripada asap rokoknya,manakala bakin 75% asap rokok itu akan meresap ke udara dan mungkin atau boleh disedut oleh orang lain di sekelilingnya. Kau bahayakan orang tau tak? Aku rasa Malaysia patut buat tempat yang dikhaskan untuk merokok. Tempat awam dilarang merokok. Sediakan tempat-tempat yang tertentu untuk perokok-perokok ini. Mengganggu udara segar aku betul.
Aku rasa kat Malaysia ni kalau nampak lelaki yang merokok itu normal tapi kalau perempuan yang merokok, aku rasa itu tak normal. Adik aku kalau nampak lelaki yang merokok, dia tak tanya apa-apa pun. Tapi kalau dia nampak perempuan yang merokok,dia mesti tanya "Eh,orang itu(perempuan) pegang rokok eh? Dia hisap rokok?". Perempuan yang merokok memang sangat tak normal bagi aku tapi kalau perempuan tua yang merokok,lagi tak normal! Masa aku pergi satu tempat dengan mak aku pergi beli barang,aku nampak perempuan tua itu merokok. Kalau rokok daun tu aku rasa ok sikit kot sebab dia dah tua,tapi tidak! Dia hisap rokok yang biasa(?) tu. Yang batang(?)/puntung(?) rokok yang warna kuning/coklat itu. Aku kat situ memang whatdefish lah kan. Perempuan tua itu menunggu pelanggan membeli sayurnya dengan merokok. Fuh! Fuh! Asap rokok keluar dari hidung dan mulut dia. Makan sirih lah,mak cik. Jangan merokok. Kalau budak yang hisap rokok? Maksud aku BUDAK! Bukan REMAJA! Kalau budak yang baru nak kenal buku teks tu apa,baru nak belajar macam mana nak bahagi darab. Dah tahu dulu apa itu rokok. Dah tahu macam mana nak merokok. Dah tahu macam mana nak curi-curi beli rokok. Dah tahu macam mana nak nyalakan rokok. Aku. . . Aku . . . Aku rasa sedih. Lollipop lagi sesuai untuk korang. Yup! Lollipop lagi sesuai. Lollipop tu lagi murah kot dari rokok. Kau takde duit nak beli lollipop? Habis kau ada pulak duit nak beli rokok!
Bila kau merokok,kau rasa hebat? Oh silap anda silap. Silap sama sekali. Baik anda berzikir. Basahkan lidah anda dengan kalimah-kalimah Allah. Dapat pahala. Kau merokok dapat apa? Dapat title HERO ?!
Oh! Ingatlah LIMA perkara ini :
1. Sihat sebelum Sakit
2.Muda sebelum Tua
3.Kaya sebelum Miskin
4.Lapang sebelum Sempit
5.Hidup sebelum MATI

Lebih baik jika perokok ini berhenti dan menabung wang itu untuk menunaikan fardu haji kerana ia merupakan satu kewajipan bagi umat Islam

-Datuk Nooh Gadut

No comments: