06 September 2010

cute ice cube emoticon Pictures, Images and Photos Google Gravity

Pernah dengar pasal Google Gravity? Pernah buat tak? Hoho~ Google Gravity ni seronok jugak. Type je 'Google Gravity' nanti keluar lah banyak-banyak results. Pastu klik je 'Google Gravity'. Nanti Google dia memula mcm Google biasa. Pastu nanti dia mula jatuh. :)

Seronok man! Tengok benda ni jatuh.

*Dong! Dang! Dong!* Haha~ mana ada bunyi.

Pastu bila carik something. Result dia keluar dari atas.

*Piung!* Bouncing,Bouncing

Nanti lama-lama dia berhenti sendiri.

SEKIAN !
Google-ing aroung~ ^^

01 July 2010

cute ice cube emoticon Pictures, Images and Photos Life

WOW! 'omegle' sgt menakutkan! talk to stranger. =_______="

" hi! i'm 22.i'm searching for a guy cuz i'm GAY
"

GILAA?! =___=" Apa nak jadik dengan org zaman sekarang?!

* * * * * *
Hohoho~ aku tak faham betullah.
Bila aku cuba nak jauhkan diri,makin dtg pulak kat fikiran aku. =="

HAHAHAHA~ =________="

* * * * *

Fuh~ pernah jugak terfikir :

Bila aku dah habis sekolah,dah takde exam lagi dah!! At last! FREEDOMMMMM!
Tapi,nanti masuk Universiti ke apa ke,mesti ada exam lagi.
Ah~ Lepas U dah FREEDOMMMMMMMMM balik dah.
Tapi nanti bila dah kerja,mesti banyak cabaran.
Kira 'Exam' la jugak tu.
Bila masa aku nak REHAT ?!
Ho~ bila MATI baru rehat ke?!
Tidak.
'Exam' kat kubur ada lagi.
Tu lah 'Exam' paling besar.
Dah tak boleh nak 'Repeat' balik dah.


FuFu~ Oleh itu,kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan di Dunia dan di Akhirat.


-> Sekadar pandangan aku. :)

25 June 2010

cute ice cube emoticon Pictures, Images and Photos Mengapa Mengeluh?! =3=

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)


:D

www.iluvislam.com


* * * * * * *


Fufu~ esok olimpiad matematik.Fufu~ kalau la aku sorang je yang tak pass...fufu~ bengang ~~
=3="

* * * * * * *

Nape orang lelaki suka tengok pornografi?! =="

07 May 2010

cute ice cube emoticon Pictures, Images and Photos Chu~ =3=

Kenapa ek kebanyakkan orang Malaysia terutamanya orang Melayu selalu kalau salam lepas tu bawak ke dada?
Aku pun termasuk dalam golongan ni.
Lepas salam ngan orang aku lekap tangan kat dada.
Aku pernah terfikir mungkin salam lepas tu bawak ke dada tu menandakan keikhlasan kott.


Masa memula aku tgk video ni,aku rasa kagum.
Tapi bila dah lama-lama tu rasa kelakar pulak.
Aku tak tau apa punca yang kelakar tu.
Fufu~ btw,i'm proud to be Malaysian! :)

btw,aku dah tukar caller ringtone! Lagu SuJu - Shining Star! *wehehehe~ jakun la katakan*